Friday 14 December 2012

Harimau Malaya...

Malam nih Harimau malaya kita beraksi tpi malangnya kita telah tewas di tangan Thailand...
Apa-apa pun mskuad harimau kita telah buat yg terbaikk...
trus sokong Harimau Malaya kita..

Monday 19 November 2012

SENYUMLAH HINGGA KE SYURGA

Bdak kecil ni meningal dunia dlm keadaan tersenyumm...

al-fatehah untuk adik ni...





SELAMATKAN SAUDARA KITA DIA PALESTIN

Apakah perasaan kita melihat gambar ini? Siapakah yang akan membela nasib anak-anak yang tidak berdosa ini? Di manakah kita saat anak-anak ini dikejami & memerl
ukan bantuan kita?

Tangan-tangan kita ini mungkin tidak sampai untuk membalut luka cedera parah mereka, TAPI tangan-tangan ini sangat mudah untuk diangkat dan mendoakan kesejahteraan serta kemenangan mengiringi mereka.

Ayuh sama-sama kita berdoa:

"Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka"

Amin..Ya Rabbal 'Alamin...
















Saturday 29 September 2012

Sayangilah Ibu Kita

Hargailah ibumu sementara masih diberi kesempatan...~

         

MANA HEBAT DUIT RM1 KE RM 50



RM 50 : Wei, tuan kau selalu bawa kau ke mana?
Aq selalu dpt gi restoran 5 bintang dgn hotel mewah....
Hehehe... hebat x aq..........
RM 1 : Aq lak slalu g masjid, surau dgn tabung anak2 yatim.....

RM 50 : (insaf sekejap).....









                  vs

Saturday 25 August 2012

~~SOLAT~~

SEMBAHYANGLAH KERANA IA TIANG AGAMA....

BIODATA AL-QURAN

bacalah al-quran selalu dan jadikan ia amalan kita...

Friday 24 August 2012

WANITA

Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya...dapatkan koleksi mutiara kata indah untuk wanita di sini..klikhttp://on.fb.me/mutiarakatawanita

Thursday 16 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

assalammualikum...

saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin...
semoga raya tahun ini lebih baik dari raya tahun lepas
jangan membazir ketika berbelanja untuk raya ye

Sunday 12 August 2012

Monday 6 August 2012

Kisah Doktor Yang Disangka Sombong


Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital. Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan. Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya. Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak.


Bapa pesakit : kenapa kamu ambil masa yang lama untuk datang? kamu tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang nie? kamu tak ada rasa bertanggungjawab ke?

Doktor : saya minta maaf, saya berada di luar hospital dan saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tue dan sekarang, saya harap anda bertenang. Jadi, saya dapat buat kerja saya.

Bapa pesakit : bertenang kamu kata? kalau anak kamu berada dalam bilik tue sekarang nie, bolehkah kamu bertenang? kalau anak kamu mati sekarang ni apa yang kamu buat? kata si ayah dgn marah.

Doktor : saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dalam kitab-Nya yg suci “daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali” doktor tak mampu untuk memanjangkan hayat seseorang. Insya-Allah kami akan cuba yang terbaik untuk anak kamu.

Bapa pesakit : memberi nasihat bila kita tak mengalaminya memang senang.

*Pembedahan tu mengambil masa beberapa jam. tak lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira.

Doktor : alhamdulillah. anak anda selamat! dia terus berjalan tanpa menghiraukan si bapa. kalau kamu ada sebarang soalan kamu boleh tanya jururawat!

Bapa pesakit : kenapa doktor tu sombong sangat? tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang anak saya? komen si ayah selepas melihat jururawat.

Jururawat berkata sambil air mata mengalir di pipinya : anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya. dia berada dalam upacara pengebumian anaknya ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik dan sekarang dia telah pun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengebumian anaknya.

..lalu menyesallah si ayah dengan kelakuannya terhadap doktor yang dianggapnya tidak bertanggungjawab dan sombong itu..


P/s: Never judge anyone, because U never know how their life is & what they’re going through..

Saturday 4 August 2012

Menangis

Perempuan hanya manpu menangis....

Friday 3 August 2012

Assalammualikum

BERI SALAM
ASSALAMMUALIKUM

Foto: Jadilah orang pertama yang memberi Salam... :)

Sunday 29 July 2012

Pasangan...

Tak payah cari pasangan ia akan datang sendiri...
Allah akan tentukan segala 2 nya
Sebelum x da pasangan nih
Jagalah hubungan kita gan Allah
kelak hubungan kita akan terjaga


Kata-kata semangat saya...



Hari ini mesti lebih baik dari semalam

Kemuliaan seorang perempuan

Perempuan masa kecil
ibu bapa jaga.
Besar berkahwin suami jaga.
Punya Allah sayang pada perempuan hingga Allah tak bagi
mereka bersendirian.

-Ustaz Don-

Sunday 8 July 2012

Kisah Cinta Agung Saidina Ali dan Saidatina Fatimah


Kisah Cinta Agung Saidina Ali dan Saidatina Fatimah...

Assalamualaikum sahabat pembaca Laman Muslimah Optimis. Alhamdulillah masih diberi nikmat kesihatan dan masih mampu mengupdate blog walaupun diuji dengan sedikit kesakitan....

Seperti yang dijanjikan dalam artikel terdahulu, kali ni MO nak kongsi mengenai kisah percintaan hebat Saidina Ali dan Saidatina Fatimah. Cinta yang disimpan di dalam hati, namun kuasa Allah mereka saling memendam cinta sehingga satu masa yang ditetapkan mereka dinikahkan hanya dengan mahar sepasang baju besi milik Ali. Begitu mulianya Fatimah RA... Semulia-mulia wanita adalah wanita yang paling rendah maharnya.

Apa tunggu lagi, jom baca...

**********
Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.

Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.” “Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.

Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”

*********************

 p/s :
Begitulah cinta yang bersenikan diam. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya.

Memang sukar menjadi mereka, tetapi untuk meneladani mereka tidaklah sukar. Wahai lelaki, jadilah sejantan Ali, melamar gadis pilihanmu dengan jalan yang diredhaiNya, yakni pernikahan, bukannya couple, kerana bercouple itu banyak keburukan berbanding kebaikan. Para wanita pula, teladanilah Fatimah, menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a.

Titipkan cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu.

Jika dirinya bukan untukmu, redhailah, kerana tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita. Buat diriku juga, saat ku jatuh cinta denganmu, akan ku diam dan dirimu pasti tak ketahui, melainkan setelah diriku datang kepada keluargamu, untuk menzahirkan yang terbuku, wahai jodoh yang tak diketahui.

Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.
Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.

 Contohilah kisah cinta dua manusia agung ini...
Anda mungkin juga berminat nak baca 

sumber tak ingat tapi diedit oleh Arrisa


sekian wassalam..